Thursday, November 26, 2009

Adakah anda berpuas hati?

Kadang-kadang kita dengki. Dengki kenapa? Ada yang dengki dengan kejayaan orang antaranya, ada yang kaya, ada yang boleh mintak apa-apa sahaja dan ada yang tidak pernah merasa apa erti itu kesusahan. Semua ini disebabkan rezeki yang berbeza dikurniakan pada kita.

Namun begitu, adakah kita hanya duduk diam dan mengatakan,"nak wat camne, dah takdir aku camni...", dengan penuh penyesalan kenyataan itu dikuarkan. Memang kita kena berserah kepadaNYA, tetapi setelah kita berusaha dengan gigih dan tidak kenal apa itu erti putus asa barulah kita harus berserah kepadanya kerana jayanya sesuatu perkara itu adalah dengan kebenaranNYA. Ini tidak, kadang-kadang itu, tak nak pon nak usaha, dia nak tunggu rezeki tu datang bergolek depan dia ja...

Perkara itu tidak akan berlaku jika usaha tidak diselitkan terlebih dahulu. Ya, memang akui, aku sekarang sedang berusaha untuk cuba membuatkan aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu untuk meminta wang dari kedua ibu bapa aku.

Sekarang, aku sedang berusaha.... dan tunggulah hasilnya....

No comments:

Post a Comment