Friday, November 20, 2009

konkurensi(siri 2)

.....Seperti biasa, aku lakukan rutin harian aku seperti yang telah dirancang awal. Bangun pagi, pergi ke kelas dan membuat aktiviti yang lain. Ketika di kelas, aku tidak begitu rapat dengan budak perempuan begitu juga perasaan mereka terhadap kami. Namun kini, kami agak rapat dan selalu bergurau bersama.

Aku sedar bahawa si G bagaikan malu-malu kucing bila berhadapan dengan si N. Namun aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara mereka. Mungkin hanya sekadar berkawan ataupun lebih.

Pernah jua aku mendengar yang si G cuba untuk memancing hati si N untuk dijadikan teman istimewa, tetapi.......

"maaf la ye, saya rasa bukan masanya lagi,"balas si N.

.....................................................................................

Mereka terus berhubung walaupun si G sebenarnya kecewa dengan apa yang terungkap daripada mulut si N tetapi dia tetap menghormati jawapan itu. Aku tahu, si G masih tidak berputus asa kerana dia masih ada kepercayaan lagi pada si N bahawa mereka boleh menjadi seperti kapel yang lain.

------masa terus berlalu------

(sudut yang lain pula)

Si D akan terdiam apabila nama si N disebut oleh aku. Adakah dia diam kerna suka ataupun marah akan perbuatan aku?? Yang itu aku tidak kisah, yang aku tahu, si D suka akan si N dan juga sebaliknya.

Nampaknya aku macam terlupa sesuatu... o0o0o ya... Baru aku teringat, cerita si D dan si N tidak ada kisahnya, terus-terus sahaja aku masuk ke arah perasaan masing-masing.

Apabila si D terasa jauh.......

2 comments: