Dunia yang luas ini kadang-kadang berlaku perebutan yang berlaku secara langsung ataupun tidak. Daripada perkara yang melibatkan negara-negara besar sehinggalah kepada perkara yang remeh-temeh. Sehinggakan ada yang sanggup bergadai nyawa dan pertumapahan darah berlaku.
Dalam kehidupan seharian kita pun boleh berlaku begitu jika kita tidak mendekati perkara ini dengan langkah yang betul.
Hurm.. muqadimmah menunjukkan aku bagaikan hendak berbicara perkara yang bakal menggegarkan dunia ini saja, tetapi sebenarnya tidak, aku sahaja timbulkan persoalan dalam pemikiran pembaca untuk mereka cuba untuk mengkaitkan dengan realiti hidup mereka.
Untuk pengetahuan semua, cerita ini tidak berkaitan dengan karya "konfli-kasi" aku yang lepas ya.
Kisah ini bermula apabila aku masih di sem 1 di UiTM. Pada masa itu aku tidak lah begitu rapat dengan rakan sekelas aku. Aku boleh dikatakan sebagai seorang yang pendiam dan serius pada masa itu. Aku cuba untuk tidak bercampur dengan mereka kerana takut mereka akan menyebarkan pengaruh yang tidak baik. Maklumlah, kehidupan di U ni memang mencabar dan pelbagai halangan perlu ditempuhi.
....................................................................................................................
Semua itu hanya lah pemikiran aku pada awal-awal aku menjejakkan kaki ke UiTM. Baru aku tahu, rakan sekelas aku tidak lah seperti yang ku sangkakan. Mereka semua baik-baik belaka. Kemudian aku berkawan dengan seorang mamat ni yang aku sangkakan dia ni sukar untuk diajak berkawan. Lagi sekali anggapan aku meleset. Dia sungguh senang berkawan. Namanya Azwan a.k.a. Matnu.
Cukup sampai situ, kewujudan post ini bukanlah untuk memperkenalkan sahabatku itu. Setelah hampir 2 bulan aku menetap di UiTM, aku ada terdengar bisikan berita disampaikan dari mulut ke mulut. Hal ini adalah berkaitan dengan rakan sekelas aku jua.
Pada mulanya, aku tidak percaya bahawa benarkah apa yang aku dengar ini. Oleh itu, aku cuba untuk mendapatkan kepastian daripada tuan empunya diri."Wei si G, betulkah ko ad hati dengan budak tu?"
Persoalan aku tidak terjawab. Si G pergi membawa diri. Aku pada mulanya agak marah dan rasa ingin saja tampar muka dia. Tetapi aku bersabar, mungkin aku yang terlalu gopoh dalam mencari sebuah jawaban dari si G.
Keesokannya.........
No comments:
Post a Comment