.....Mungkin kerna pengalaman si A yang lepas dalam era percintaan menyebabkan dia hambar apabila perkataan cinta itu muncul di kepalanya. Ataupun, dia masih sayang pada kekasihnya yang dahulu... Itu yang kita tidak tahu. Baiklah, yang lepas, biarkan dia pergi, yang mendatang, jangan biarkan dia pergi.
Setelah isi hati si A diluahkan, perkara seterusnya telah dijangka akan berlaku, yang mana dua hati ini tidak dapat bergurau senda seperti mana mereka tidak lagi mengenali apa itu erti cinta. Isu tarik-menarik muka telah berlansung kerana si A tidak memilih dirinya. Si A telah lama berfikir akan impak ini yang bakal melanda dirinya, diri si B dan diri si C.
Semua ini mungkin tidak akan berlaku jika Bob tidak mendesak untuk mengetahui apa isi hati si A. Timbul kekecewaan dalam hati si A namun hari-harinya ditempuhi dengan tabah dan riang.
Keadaan reda seketika.......
No comments:
Post a Comment