Saturday, November 14, 2009

kofli-kasi(siri 2)

.....mungkin kerna senyuman nya.. Dalam entry ku yang lepas, aku ada mengatakan yang si A memang disenangi hingga diminatai si B dan si C. Tapi, baru-baru ni.. ada angin belah barat telah membawa berita bahawa satu kelas perempuan CSD3C* telah suka pada dia kecuali yang sudah bepunya la.


Hurm...Betulkah?? Jika begitu, si A ini betul-betul mempunyai aura yang mampu membuatkan hati gadis-gadis ini cair dan tidak mampu bertahan dengan godaaan yang ditimbulkan si A. Ahhh.. nampaknya, perkara sebenar yang ingin dihebahkan telah dimanipulasi oleh keadaan sekitar. Jadi, kita teruskan dengan isu hangat ini. Sebelum bermula, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI PADA BUDAK UITM JONGKA.


Baiklah, aku akan bermula. Pada mulanya, mereka bertiga menyembunyikan perasaan masing-masing. Namun begitu, perkara ini tidak dapat disembunyikan lagi. Semuanya bermula apabila salah seorang rakan si A yang cuba untuk mendapatkan kepastian, telah menyuruh si A ni untuk memilih sama ada untuk bersama dengan si B atau si C. Untuk memudahkan lagi jalan cerita ini, rakan bagi si A tu, aku akan namakan dia Bob, bukan Bob Luqman ataupun Bob Ku2 ye..


Pada mulanya, si A tidak mahu menyatakan isi hatinya, namun desakan demi desakan, dia terpaksa akur dengan desakan yang diterimanya dan memberitahu Bob. Tetapi, si A hanya memberikan hint saja dan tidak mahu untuk menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Kenyataan ini telah memberikan cahaya harapan pada si B dan telah menyebabkan hati si C hancur luluh.... Semuanya tidak berakhir di situ.....

4 comments: