Kadang-kadang aku bingung, kenapa si A tak lafazkan sahaja, "I LOVE U" pada si B. Bukan kah lebih senang jika begitu? Hahahaha. Perkara ini mungkin hanya akan berlaku dalam mimpi aku sahaja. Setelah konflik berlaku antara mereka yang mana pada zahirnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh segelintir orang, tetapi mata dan telinga aku terutamanya, telah dapat menangkap baur-baur pergaduhan kecil dan dengki-mendengki antara mereka bertiga.
Sebelum ini mungkin aku asyik menyalahkan si Bob sahaja, tetapi aku sepatutnya berterima kasih padanya kerna perilakunya yang tidak matang itu telah membuatkan aku sedar bahawa si A ini rupa-rupanya ada hati dengan si B ni. Pada pandangan aku, si B ini tidak sanggup untuk menyambut cinta yang lahir dari luahan hati si A yang mana si B hanya buat-buat tidak dengar akan berita yang menyatakan bahawa si A suka akan si B.
Aku tahu, berdasarkan pemerhatian aku, si B takut, jika dia menjalinkan hubungan dengan si A, akan ada mata dengki yang memandang mereka berdua. Perkara ini lah yang menjadi batu penghalang dalam episod percintaan mereka. Disebabkan itu, si B hanya mampu menunggu dan terus menunggu si A untuk memulakan langkah agar si B tidak kelihatan keterlaluan dalam menjalinkan hubungan dengan si A.
Namun begitu, si A masih berdegil dengan keputusannya untuk tidak mengambil langkah yang drastik bagi menjalinkan hubungan. Pernah sekali si A berkata," aku tak nak la nanti bila kami bertiga bersua muka, masing-masing tidak dapat bertegur kerana konflikasi yang terjadi ini." Memang betul kenyataan itu, tapi... sampai bila keadaan ini akan terus berlaku??-Soalan ini aku tujukan khas untuk si A.-
Aku juga dapat menangkap satu perkara yang mana si A tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen. Sebab itu lah dia tidak mahu melafazkan kata azimat itu. Hal ini adalah kerana dia ingin hidup single dahulu kerana semua benda yang terjadi pada masa sekarang tidak mungkin akan dikecapi ketika dia berumur 50 tahun nanti.
bersambung......
HAHAHAHAHHAHAAHHAHA.penatkte tunggu sambungan die. cpt2, update lg. hahahah :P
ReplyDeletecomin soon la..
ReplyDeletehaha
just relak..
d sbbkn smbutan yg mngglkkn..
aku akn cbe update stiap ari...
makin menarik crite ni
ReplyDeletesudah semestinya..
ReplyDeleteakan aku selitkan pelbagai unsur yang boleh diterima oelh semua pihak..
hehe