Thursday, November 26, 2009

Adakah anda berpuas hati?

Kadang-kadang kita dengki. Dengki kenapa? Ada yang dengki dengan kejayaan orang antaranya, ada yang kaya, ada yang boleh mintak apa-apa sahaja dan ada yang tidak pernah merasa apa erti itu kesusahan. Semua ini disebabkan rezeki yang berbeza dikurniakan pada kita.

Namun begitu, adakah kita hanya duduk diam dan mengatakan,"nak wat camne, dah takdir aku camni...", dengan penuh penyesalan kenyataan itu dikuarkan. Memang kita kena berserah kepadaNYA, tetapi setelah kita berusaha dengan gigih dan tidak kenal apa itu erti putus asa barulah kita harus berserah kepadanya kerana jayanya sesuatu perkara itu adalah dengan kebenaranNYA. Ini tidak, kadang-kadang itu, tak nak pon nak usaha, dia nak tunggu rezeki tu datang bergolek depan dia ja...

Perkara itu tidak akan berlaku jika usaha tidak diselitkan terlebih dahulu. Ya, memang akui, aku sekarang sedang berusaha untuk cuba membuatkan aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu untuk meminta wang dari kedua ibu bapa aku.

Sekarang, aku sedang berusaha.... dan tunggulah hasilnya....

Saturday, November 21, 2009

Sudah 21 Tahun....

Alhamdulillah aku panjatkan pada Illahi kerana ayah dan umi aku sudah berkahwin selama 21 TAHUN. Lama tu....

Tahniah!!!

Friday, November 20, 2009

Patutnya Kita Bersyukur....



Kadang-kadang aku khuatir...patutkah aku merengek tentang apa yang sedang berlaku sekarang. Aku tahu, manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada di bumi tuhan ini. Mereka sering mahu lebih dari apa yang mereka ada sekarang ini.

Sekarang aku baru sedar, sesungguhnya aku harus celikkan mata dan lapangkan dada dengan semua perkara yang berlaku kerana setiap satunya ada hikmah di sebaliknya. Aku juga harus terima dengan redha dan cuba untuk tidak merungut....

PEACE!!

konkurensi(siri 2)

.....Seperti biasa, aku lakukan rutin harian aku seperti yang telah dirancang awal. Bangun pagi, pergi ke kelas dan membuat aktiviti yang lain. Ketika di kelas, aku tidak begitu rapat dengan budak perempuan begitu juga perasaan mereka terhadap kami. Namun kini, kami agak rapat dan selalu bergurau bersama.

Aku sedar bahawa si G bagaikan malu-malu kucing bila berhadapan dengan si N. Namun aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara mereka. Mungkin hanya sekadar berkawan ataupun lebih.

Pernah jua aku mendengar yang si G cuba untuk memancing hati si N untuk dijadikan teman istimewa, tetapi.......

"maaf la ye, saya rasa bukan masanya lagi,"balas si N.

.....................................................................................

Mereka terus berhubung walaupun si G sebenarnya kecewa dengan apa yang terungkap daripada mulut si N tetapi dia tetap menghormati jawapan itu. Aku tahu, si G masih tidak berputus asa kerana dia masih ada kepercayaan lagi pada si N bahawa mereka boleh menjadi seperti kapel yang lain.

------masa terus berlalu------

(sudut yang lain pula)

Si D akan terdiam apabila nama si N disebut oleh aku. Adakah dia diam kerna suka ataupun marah akan perbuatan aku?? Yang itu aku tidak kisah, yang aku tahu, si D suka akan si N dan juga sebaliknya.

Nampaknya aku macam terlupa sesuatu... o0o0o ya... Baru aku teringat, cerita si D dan si N tidak ada kisahnya, terus-terus sahaja aku masuk ke arah perasaan masing-masing.

Apabila si D terasa jauh.......

Thursday, November 19, 2009

konkurensi (siri 1)

Dunia yang luas ini kadang-kadang berlaku perebutan yang berlaku secara langsung ataupun tidak. Daripada perkara yang melibatkan negara-negara besar sehinggalah kepada perkara yang remeh-temeh. Sehinggakan ada yang sanggup bergadai nyawa dan pertumapahan darah berlaku.

Dalam kehidupan seharian kita pun boleh berlaku begitu jika kita tidak mendekati perkara ini dengan langkah yang betul.

Hurm.. muqadimmah menunjukkan aku bagaikan hendak berbicara perkara yang bakal menggegarkan dunia ini saja, tetapi sebenarnya tidak, aku sahaja timbulkan persoalan dalam pemikiran pembaca untuk mereka cuba untuk mengkaitkan dengan realiti hidup mereka.

Untuk pengetahuan semua, cerita ini tidak berkaitan dengan karya "konfli-kasi" aku yang lepas ya.

Kisah ini bermula apabila aku masih di sem 1 di UiTM. Pada masa itu aku tidak lah begitu rapat dengan rakan sekelas aku. Aku boleh dikatakan sebagai seorang yang pendiam dan serius pada masa itu. Aku cuba untuk tidak bercampur dengan mereka kerana takut mereka akan menyebarkan pengaruh yang tidak baik. Maklumlah, kehidupan di U ni memang mencabar dan pelbagai halangan perlu ditempuhi.

....................................................................................................................

Semua itu hanya lah pemikiran aku pada awal-awal aku menjejakkan kaki ke UiTM. Baru aku tahu, rakan sekelas aku tidak lah seperti yang ku sangkakan. Mereka semua baik-baik belaka. Kemudian aku berkawan dengan seorang mamat ni yang aku sangkakan dia ni sukar untuk diajak berkawan. Lagi sekali anggapan aku meleset. Dia sungguh senang berkawan. Namanya Azwan a.k.a. Matnu.

Cukup sampai situ, kewujudan post ini bukanlah untuk memperkenalkan sahabatku itu. Setelah hampir 2 bulan aku menetap di UiTM, aku ada terdengar bisikan berita disampaikan dari mulut ke mulut. Hal ini adalah berkaitan dengan rakan sekelas aku jua.

Pada mulanya, aku tidak percaya bahawa benarkah apa yang aku dengar ini. Oleh itu, aku cuba untuk mendapatkan kepastian daripada tuan empunya diri."Wei si G, betulkah ko ad hati dengan budak tu?"

Persoalan aku tidak terjawab. Si G pergi membawa diri. Aku pada mulanya agak marah dan rasa ingin saja tampar muka dia. Tetapi aku bersabar, mungkin aku yang terlalu gopoh dalam mencari sebuah jawaban dari si G.

Keesokannya.........

Wednesday, November 18, 2009

Konfli-kasi(siri 6)



Masihkah wujud cinta antara si A dan si B?

Ataupun si C masih menagih kasih pada si A?

Aku pun kadang-kadang keliru dengan perltalian yang wujud di kalangan mereka.

Adakah patut cinta si B dan si C terbalas?

Mampukah si A membuat pilihan?

Jika si A pilih keduanya, mampukah dia memberi kasih seadil-adilnya??

Hehe.. dah macam lirik lagu pula, tapi kan, suasana yang dialami oleh mereka ini mengingatkan aku pada lagu dahulu tau. Tapi tajuk dia aku tak ingatlah.. maybe pembaca boleh memberi cadangan lagu khas untuk mereka.

Nampaknya kisah cinta mereka telah banyak aku singkap dan selidiki yang mana selama ini aku telah membuat rangka dia dalam pemikiran aku dan akhirnya terhasil lah cerekarama ini. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan plot yang aku timbulkan dalam cerita ini dan mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan mereka bertiga. Adakah kenalan rapat kita ataupun hanya secara kebetulan sahaja perilaku mereka?

Cerita ini tidak akan berakhir di sini kerana banyak lagi agenda yang masih tidak diungkap dan masih berselindung di sebalik bayangan yang tidak pasti. Bagi pembaca yang betul-betul mengikuti siri ini, jangan bersedih kerana aku akan berhenti seketika untuk cerita ini dan bersambung pada musim yang kedua.

WASALAM.

konfli-kasi(siri 5)

"Si A, baik ko cepat, kang melepas lak", pesan aku pada si A. Namun si A masih tidak endah dengan apa yang aku katakan. Dengan selambanya dia melakukan aktiviti hariannya. Bagaimana dia boleh tenang begitu, sedangkan aku yang menggelabah lebih ni?? Pelik kan. Sudah ku katakan bahawa si A ni tenang orangnya dan ceria selalu. Aku pun tidak boleh membuat apa-apa. Sebenarnya, kata-kata itu telah dipesan oleh miss M padaku. Perbualan berlaku:-

....Selepas keluar dari DSG(Dewan Sejuk Gila)....

Miss M: wei bobeq, sini sebentar, aku ada benda nak cakap ni.
Bobeq : apanya Miss M??
Miss M: wei.. bila lagi si A tu??
Bobeq : bila apanya??(sambil menahan kencing)
Miss M: ala, pasal si A dan si........

-------Bobeq memintas kata-kata Miss M dengan laju--------

Bobeq : sebentar ya, aku nak menunaikan hajat aku dahulu, sudah tidak tahan dah ni!!!

-------Setelah Bobeq selesai melepaskan hajat-------

Bobeq : haa.. Miss M, apa yang awak nak cakap tadi?
Miss M : Sebenarnya begini bobeq, si A tu lambat sangat la..
kang melepas dia kang..
Bobeq : hurm... aku pon tidak tahu, sudah puas aku nasihatkan dia,
dia tak nak juga dengar.
Miss M : beginilah, awak sampaikan pesanan aku kat dia,
"kalo dia lambat, melepas pula nanti".

Kemudian aku dan Miss M beransur pulang. Kami berdua menuju ke tempat masing-masing. Walaupun pada luaran aku kelihatan tenang dan bergaya, jiwa ragaku bercelaru memikirkan masalah yang menimpa sahabatku ini, si A. Setelah aku memberitahu apa yang dipesan oleh Miss M pada si A, dengan selamba dia membalas," Ahhhh!!!!! lantak la, siapa-siapa hendak dia, ambil laa... aku x kisah pon!!!"

Agak terkesima juga aku apabila si A berkata begitu, namun aku tidak membuat andaian melulu. Aku tahu, dari lubuk hatinya, masih ada perasaan cinta dan kasih pada si B.

AKU PERCAYA PADAMU SI A.........

Tuesday, November 17, 2009

Akhirnya...

Aku kini menghampiri detik-detik yang mana mungkin ada yang sanggup menghadapinya atau pun terus mengalah. Oleh itu, aku memilih untuk tidak mengalah. Aku akan meneruskan perjuangan penulisan post yang telah bersiri-siri ini. Memang ada yang mungkin terasa hati, oleh sebab itu, aku telah merahsiakan nama-nama individu yang terlibat.

Jangan risau, perkara ini mungkin hanya akan menjadi bualan orang buat seketika masa sahaja dan akhirnya akan ditelan masa dan persekitaran yang berlaku.

Oleh itu, bersama-sama kita renungkan dan selamat beramal!!(ikhlas dari Ustad Hot fm).

konfli-kasi(siri 4)

Kadang-kadang aku bingung, kenapa si A tak lafazkan sahaja, "I LOVE U" pada si B. Bukan kah lebih senang jika begitu? Hahahaha. Perkara ini mungkin hanya akan berlaku dalam mimpi aku sahaja. Setelah konflik berlaku antara mereka yang mana pada zahirnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh segelintir orang, tetapi mata dan telinga aku terutamanya, telah dapat menangkap baur-baur pergaduhan kecil dan dengki-mendengki antara mereka bertiga.

Sebelum ini mungkin aku asyik menyalahkan si Bob sahaja, tetapi aku sepatutnya berterima kasih padanya kerna perilakunya yang tidak matang itu telah membuatkan aku sedar bahawa si A ini rupa-rupanya ada hati dengan si B ni. Pada pandangan aku, si B ini tidak sanggup untuk menyambut cinta yang lahir dari luahan hati si A yang mana si B hanya buat-buat tidak dengar akan berita yang menyatakan bahawa si A suka akan si B.

Aku tahu, berdasarkan pemerhatian aku, si B takut, jika dia menjalinkan hubungan dengan si A, akan ada mata dengki yang memandang mereka berdua. Perkara ini lah yang menjadi batu penghalang dalam episod percintaan mereka. Disebabkan itu, si B hanya mampu menunggu dan terus menunggu si A untuk memulakan langkah agar si B tidak kelihatan keterlaluan dalam menjalinkan hubungan dengan si A.

Namun begitu, si A masih berdegil dengan keputusannya untuk tidak mengambil langkah yang drastik bagi menjalinkan hubungan. Pernah sekali si A berkata," aku tak nak la nanti bila kami bertiga bersua muka, masing-masing tidak dapat bertegur kerana konflikasi yang terjadi ini." Memang betul kenyataan itu, tapi... sampai bila keadaan ini akan terus berlaku??-Soalan ini aku tujukan khas untuk si A.-

Aku juga dapat menangkap satu perkara yang mana si A tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen. Sebab itu lah dia tidak mahu melafazkan kata azimat itu. Hal ini adalah kerana dia ingin hidup single dahulu kerana semua benda yang terjadi pada masa sekarang tidak mungkin akan dikecapi ketika dia berumur 50 tahun nanti.

bersambung......

Monday, November 16, 2009

Jangan Dok Tido je!!!!!

"ko ni.. asyik tdo je...!!!", kata bapak aku pada aku. Kata-kata itu hanya terngiang-ngiang di telinga aku pabila mata lagi lebih memberi penumpuan dalam menjalankan tugasnya untuk tertutup ketika badan ini masih tidak mahu berganjak dari katil yang empuk ini.


Mana tidaknya, selama ni, tak leh nak tdo dengan selesa sebab bangun je tido, dah kena fikir sal assignment la, apa la.... So kat rumah ni, tido la dengan sepuas-puasnya, kadang-kadang tu, mengalahkan beruang kutub utara tidornya..


Benda itu lumrah la kan, lagi-lagi remaja yang sedang menuntut di unversiti. Tetapi kini aku sudah berubah. Aku telah bangun awal untuk solat subuh(sudah semestinya) dan kemudian memikirkan masalah yang sedang melanda sekarang.


....................................................


Bangun awal....????
Jangan harap la... Back to sleep.. :)

Sunday, November 15, 2009

Baru je lepas....



Aku suka kelas ni.. sebab apa?? Sebab dia best!!!!( iklan PETRONAS). Pensyarah BEL 311 pon cakap dia suka kelas kami sebab kami ni macam terang hati......hehe...


Beberapa orang maybe akan sambung study ke peringkat Ijazah n ada yang akan tukar kelas... huhu. Agak sedey la.. Tapi yang penting, aku suka kelas ni even kadang-kadang ada masalah. Biasala kan, dah nama pun manusia, tak kan tidak ada masalah kot.....

konfli-kasi(siri 3)

.....Mungkin kerna pengalaman si A yang lepas dalam era percintaan menyebabkan dia hambar apabila perkataan cinta itu muncul di kepalanya. Ataupun, dia masih sayang pada kekasihnya yang dahulu... Itu yang kita tidak tahu. Baiklah, yang lepas, biarkan dia pergi, yang mendatang, jangan biarkan dia pergi.

Setelah isi hati si A diluahkan, perkara seterusnya telah dijangka akan berlaku, yang mana dua hati ini tidak dapat bergurau senda seperti mana mereka tidak lagi mengenali apa itu erti cinta. Isu tarik-menarik muka telah berlansung kerana si A tidak memilih dirinya. Si A telah lama berfikir akan impak ini yang bakal melanda dirinya, diri si B dan diri si C.

Semua ini mungkin tidak akan berlaku jika Bob tidak mendesak untuk mengetahui apa isi hati si A. Timbul kekecewaan dalam hati si A namun hari-harinya ditempuhi dengan tabah dan riang.

Keadaan reda seketika.......

Saturday, November 14, 2009

13/11/09 sehingga 28/11/09

ap aku nak wat ye???

kofli-kasi(siri 2)

.....mungkin kerna senyuman nya.. Dalam entry ku yang lepas, aku ada mengatakan yang si A memang disenangi hingga diminatai si B dan si C. Tapi, baru-baru ni.. ada angin belah barat telah membawa berita bahawa satu kelas perempuan CSD3C* telah suka pada dia kecuali yang sudah bepunya la.


Hurm...Betulkah?? Jika begitu, si A ini betul-betul mempunyai aura yang mampu membuatkan hati gadis-gadis ini cair dan tidak mampu bertahan dengan godaaan yang ditimbulkan si A. Ahhh.. nampaknya, perkara sebenar yang ingin dihebahkan telah dimanipulasi oleh keadaan sekitar. Jadi, kita teruskan dengan isu hangat ini. Sebelum bermula, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI PADA BUDAK UITM JONGKA.


Baiklah, aku akan bermula. Pada mulanya, mereka bertiga menyembunyikan perasaan masing-masing. Namun begitu, perkara ini tidak dapat disembunyikan lagi. Semuanya bermula apabila salah seorang rakan si A yang cuba untuk mendapatkan kepastian, telah menyuruh si A ni untuk memilih sama ada untuk bersama dengan si B atau si C. Untuk memudahkan lagi jalan cerita ini, rakan bagi si A tu, aku akan namakan dia Bob, bukan Bob Luqman ataupun Bob Ku2 ye..


Pada mulanya, si A tidak mahu menyatakan isi hatinya, namun desakan demi desakan, dia terpaksa akur dengan desakan yang diterimanya dan memberitahu Bob. Tetapi, si A hanya memberikan hint saja dan tidak mahu untuk menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Kenyataan ini telah memberikan cahaya harapan pada si B dan telah menyebabkan hati si C hancur luluh.... Semuanya tidak berakhir di situ.....

Monday, October 26, 2009

Cikgu Murni.....

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. Heh Heh Heh

Saturday, October 24, 2009

konfli-kasi(siri 1)

Bila bace je tajuk post 2, dah mnimbulkan konflik kn.Camni la, adalah sebuah cerita yang mana mungkin telah dilalui oleh pelbagai peringkt umur di luar sana, tidak kisah la wanita ataupun jejaka. Cerita dia begini, aku adalah kawan ni, dia memang disenangi orang, tak kisah la lelaki ke perempuan. Dia sama kos dengan aku. Senang begini la, aku berikan tanda la pada dia, si A n dia ni lelaki.
Disebabkan perwatakan beliau yang menyenangkan, terpikat la 2 orang gadis, si B dan si C ni padanya yang mana mungkin perasaan itu betul ataupun hanya pada pandangan aku sahaja, mereka seperti bermain tarik tali. Si A ni mungkin tidak perasan bahawa si B cuba untuk memperlihatkan cintanya pada si A. Namun begitu....

kembali......

Agak sukar lah untuk aku nk wat entri baru bila aku dh masuk ke Uitm Joe-ngko. Aku tak suka benar jika kelajuan internet lembab dan mampu buat iman aku tergugat. Aku faham la bagaimana keadaan aku, aku duduk d ceruk yang mana internet hanya akan laju bila semua orang dh tdo...WTF!!
Kita beralih tajuk, memang dah dinasihatkan bahawa jangan buat kerja last2 minit. tapi tahap kemalasan yang tinggi sering membuatkan diri ini membuat alasan untuk menangguhkan kerja dan akhirnya membebankan diri sendiri. PADAN MUKE!!

Monday, August 31, 2009

Goin Back....

Sudah tiba masanye ku pulang ke UiTM... tp kan... aku sok g anta aimn g ktn dlu..
n da big surprise is... IM GONNA MEET YANA.. hehehe.... lpas je anta aimn... aku akn jmpot dia n we'll go 2 U 2gthr.. papai...

Saturday, August 29, 2009

Tatkala wisel bersiul....


hehe.... jap lagi gem nak mle-Arsenal vs. Man U. Naluri ku berkata Man U akan balik ngn muke seko2 cam ayam baru berak sayur kangkung...

Arsenal kan tenyeh M U ckp2...hahaha

MOH KTE P STADIUM EMIRATES!!

Impossible!!

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat

Tawaran Terhebat

Thursday, August 6, 2009

melepas!!

aku mle2 frust gak...
bkn pe la..
mle2 bdk ni plan nk g PC fair kat ktn...
ye la..
aku x leh nk pg sbb ad match ngn uitm Kelantan sb2 ni...
kre ni nk repeat la.... bkn pe..
kami kalah ngn diorg sem 2 lpas...
so kami betekad nk mng..
hehe
tekad la sgt...
aku pon x bpe yakin nk mng...
bkn pe...
latihan g2 je..
nk mng.....
hahaha... tp ad peratus kot nk menang...
sbb ad rmi bdk baru yg masuk n leh thn la power nye...
back 2 da topic..
diorg dh nk tmpah kete dah...
matnu la pling smgt...
dia mcm2 nk bli 2..
last2...
ad PPP...
x jadi nk pg la...
hahaha!!
myb nex wik kot g..
nk g [water park] kt ktn.. (cbe bace laju2 yg dlm kurungn 2...cm carot kn)
hehe
so doakn kami x de program nex wik!!
haha

Saturday, July 25, 2009

Sejarah..

Aku dengar je pkataan ni....mesti naik bulu roma aku. Aku x ske subjek ni mase skul dlu..kne bnyk hafal.. f-this!! tp ad 1 bnd yg bkaitan ngn benda lama2 aku ske...haha

check diz:-
click here!

Wednesday, July 15, 2009

Betul ke X BEtul ni?

Aku sangat musykil la sjak kmatian M. Jackson. Erm..... dia ni Islam ke x ye? Ada kawan2 aku cakap... dia Islam... ad yang x? aish.. mane 1 nk pcaye ni? sampai kan aku skumpuln mmbuat discussion nk mnn2kan sama ada dia ni islam ke x...

punya la musykil kn...buat macam-macam la... search kat tnet la...
tanye lecture aku la... g jumpe pak guard la... jmpe uncle tina la( ni kalo bdk EXSAS tau la..)
haha....!!!

sminggu pas 2... keadaan jadi reda...
bnda ni cm pisang goreng je.... dlu time brita tgh hot... smgt la nk tau.. ble dh sjuk....
wat mke babi je sekor2...(bkn aku la)

so, conclusion nye... korng la yg tn2kan...





Thursday, July 9, 2009

tak ada maknanyE!!!

Lepas saja aku balik dari Bell 311, aku pinjam broadband ajim....benda ni je la yang menghubungkan aku ngn dunia luar. Budak ni cakap, subcd makan dh leh cek...aku tengok la..

Last skali....

Permohonan anda gagal!(akhirnya... aku mencarut) !@#$%

**************************************************************************************************************

Mula-mula, aku setuju gile bile subcd masuk dlm akaun....aku beria je masukkn mklumt yg dperlukan.. isi itu la... inilah.... last2....

HAMPAS!!!

Terima Kasih UITM...
p/s: orang cakap UITM ni... maksud nya... U Ini Tolong Melayu...
taik la...


Wednesday, June 17, 2009

Wanita

When a GIRL is quiet ... millions of things are running in her mind. When a GIRL is not arguing ... she is thinking deeply. When a GIRL looks at u with eyes full of questions ... she is wondering how long you will be around. When a GIRL answers " I'm fine " after a few seconds ... she is not at all fine.

When a GIRL stares at you ... she is wondering why you are lying. When a GIRL lays on your chest ... she is wishing for you to be hers forever. When a GIRL wants to see you everyday... she wants to be pampered. When a GIRL says " I love you " ... she means it. When a GIRL says " I miss you " ... no one in this world can miss you more than that.

Life only comes around once make sure u spend it with the right person .... Find a guy ... who calls you beautiful instead of hot. who calls you back when you hang up on him. who will stay awake just to watch you sleep. Wait for the guy who ... kisses your forehead. Who wants to show you off to the world when you are in your sweats. Who holds your hand in front of his friends. Who is constantly reminding you of how much he cares about you and how lucky he is to have you. Who turns to his friends and says, " That's her!! "

Sunday, June 7, 2009

Akhirnya

Tadi aku dapat mesej dari faka-bul... hehe, dia tanye aku.."wat pe 2?" Aish... cam awek aku lak yang tanye, lepas tu, aku reply la.."men gem," ...

Dia tanye lak..."sok nak g knduri tak?"(dats mean ari ni la..) dia cakap kawan aku kawen..WOW!! cepat tol dia kawen.. baru je abes matrix, dah nak kawen, biar betol..

So, faka pon organize la.. dia siapkan la kertas kerja perjalanan kami...(macam la nak pergi uzbekistan.)haha

dia mesej blk.."ok, sok kte betolak kul 11", o0o0, lpe nak cakap, tempatnya berlansungnya perkahwinan kat kuantan.

Nanti ble aku dh blk dari umah dia... aku ambek gambar banyak-banyak n show to u all..

Sunday, May 31, 2009

Masa hadapan...


Uish.....aku tadi baru habis tengok cte i-robot, yang Will Smith berlakon tu,even cerita tu dah lama dah keluar,tapi aku stil lagi puas tengok,cerita tu berlaku kat L.A dan dekat Chicago,mase tu, aku dah berumur 45 tahun(kira-kira) ya la, aku kan lahir tahun 1990, cerita tu berlaku masa tahun 2035. Lama lg tu, dalam bpe dekad lagi, tp insyallah aku idup sampai masa tu, aku nak lihat dunia pada masa tu. Moga dipermudahkan hidup aku... Amin.

Saturday, May 30, 2009

Kebon


Aku slalu lpak kbon aku...
tp ni bkn kbon aku...
ni kbon EN. HASSAN ALFAHMI punye...
tp...
aku kn berbin kan dia...
so cm aku nye la gak...
kn...kn...
ALHAMDULILLAH....


haa... 2 pokok pisang... kalo x knl.... x tau la......




pokok ni bpk aku x nk tebang.. x tau la nape..
(aku yang 2)




penat lo ambek gmbr dr ats bukit ni......




road 2 da garden


mula-mula aku tanye gak bapak aku...
asl nk bli tnh..
baik bli bnde len...
masa 2 aku masih di bangku sekolah lg..(pergh.. ayt..)
smpi la masa kelas akaun.....masa 2 aku baru sedar yang tanah ni FIXED ASSET..
patut la bpk aku beria sangat nk ad tnh...


p/s: hehe.. kbon.. my 2nd home...







Thursday, May 28, 2009

Di kala masa dulu

Masa merubah segala nya....
manusia berubah..
kadang-kadang jd baik..
dan sebaliknya--bukan aku la--
but fwenship forever...

p/s: diorg ni bdk SEMSAS-sekolah menengah sains alam Shufflers

Muzium pada waktu malam


Akhirnya...
dapat gak aku tgk...haha..
x payah la nak g wayang nak tengok cte ni...
aku dh ada dh...haha
tp stil mendownload lg....
so lom leh komen pape la psl cte ni...
aku dh puas tgk nnt..
aku will komen...

p/s: tlg la bes... lame aku tunggu nak abes donlod ni...

Diskriminasi

Ni bukan tajuk lagu mukabunk ye...aku bukan apa la.... mula-mula aku yakin bahawa aku akan diterima dunia.... tapi...
aku telah ditolak ketepi...
aku pon tidak tahu apa kesilapan aku, adakah aku melakukan sesuatu yang memalukan??
Mereka semua menolak aku ketepi...mensisihkan aku...
huhu.....ToT

Aku betol-betol kecewa dengan dunia ni.....

"abang dok jauh2 la... bau busuk la... g mandi 2"
aku kecewa... sekali lagi aku ditolak ketepi...
aku just x mandi je n x gosok gigi cket je...
2 je...

p/s: biasa la kan x mandi 2... bukan apa sgt pon... siot tol la adik aku ni...

Wednesday, May 27, 2009

tercemar jua maruahnya..

Apa yang aku pikirkan ni??Betul ke apa yang aku lihat ni?? Benda tu memang berlaku di hadapan aku. Aku pada mulanya amat teransang kerana BENDA tu kadang-kadang membuatkan adrenalin ku membuak-buak sehingga aku sendiri tidak dapat menahannya... Ahh....

Namun begitu, aku terpaksa jua melihatnya..kerana diriku bagai terpaku di hadapannya...
oh... tidak..aku harus menahan diriku agar tidak mengeluarkan suara kerana tidak mahu keluarga aku tahu yang aku sedang BERSERONOK... hehe

Aku tahu bahawa yang aku mungkin akan menggegarkan rumah jika aku berteriak...
kerana itu saja cara aku melepaskan kegersangan aku...

huh....hampir 1 jam aku menahannya...ergh.....
akhirnya...setelah 30 minit berlalu selepas itu,
aku tidak dapat menahan....
aku menjerit jua..

"yes!!!! barca menang!!!"
"haha, Man U mmg x leh klhkn Barca"
..........................................................................................................................................................

zollll!!!!!! tdo!!!!!!
-alamak.. bapak aku... cpt2..
wat2 tdo...
papai

p/s: Padan muka Man U... tercemar gak dia.. klh 2-0 beb!!