Thursday, November 26, 2009

Adakah anda berpuas hati?

Kadang-kadang kita dengki. Dengki kenapa? Ada yang dengki dengan kejayaan orang antaranya, ada yang kaya, ada yang boleh mintak apa-apa sahaja dan ada yang tidak pernah merasa apa erti itu kesusahan. Semua ini disebabkan rezeki yang berbeza dikurniakan pada kita.

Namun begitu, adakah kita hanya duduk diam dan mengatakan,"nak wat camne, dah takdir aku camni...", dengan penuh penyesalan kenyataan itu dikuarkan. Memang kita kena berserah kepadaNYA, tetapi setelah kita berusaha dengan gigih dan tidak kenal apa itu erti putus asa barulah kita harus berserah kepadanya kerana jayanya sesuatu perkara itu adalah dengan kebenaranNYA. Ini tidak, kadang-kadang itu, tak nak pon nak usaha, dia nak tunggu rezeki tu datang bergolek depan dia ja...

Perkara itu tidak akan berlaku jika usaha tidak diselitkan terlebih dahulu. Ya, memang akui, aku sekarang sedang berusaha untuk cuba membuatkan aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu untuk meminta wang dari kedua ibu bapa aku.

Sekarang, aku sedang berusaha.... dan tunggulah hasilnya....

Saturday, November 21, 2009

Sudah 21 Tahun....

Alhamdulillah aku panjatkan pada Illahi kerana ayah dan umi aku sudah berkahwin selama 21 TAHUN. Lama tu....

Tahniah!!!

Friday, November 20, 2009

Patutnya Kita Bersyukur....



Kadang-kadang aku khuatir...patutkah aku merengek tentang apa yang sedang berlaku sekarang. Aku tahu, manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada di bumi tuhan ini. Mereka sering mahu lebih dari apa yang mereka ada sekarang ini.

Sekarang aku baru sedar, sesungguhnya aku harus celikkan mata dan lapangkan dada dengan semua perkara yang berlaku kerana setiap satunya ada hikmah di sebaliknya. Aku juga harus terima dengan redha dan cuba untuk tidak merungut....

PEACE!!

konkurensi(siri 2)

.....Seperti biasa, aku lakukan rutin harian aku seperti yang telah dirancang awal. Bangun pagi, pergi ke kelas dan membuat aktiviti yang lain. Ketika di kelas, aku tidak begitu rapat dengan budak perempuan begitu juga perasaan mereka terhadap kami. Namun kini, kami agak rapat dan selalu bergurau bersama.

Aku sedar bahawa si G bagaikan malu-malu kucing bila berhadapan dengan si N. Namun aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara mereka. Mungkin hanya sekadar berkawan ataupun lebih.

Pernah jua aku mendengar yang si G cuba untuk memancing hati si N untuk dijadikan teman istimewa, tetapi.......

"maaf la ye, saya rasa bukan masanya lagi,"balas si N.

.....................................................................................

Mereka terus berhubung walaupun si G sebenarnya kecewa dengan apa yang terungkap daripada mulut si N tetapi dia tetap menghormati jawapan itu. Aku tahu, si G masih tidak berputus asa kerana dia masih ada kepercayaan lagi pada si N bahawa mereka boleh menjadi seperti kapel yang lain.

------masa terus berlalu------

(sudut yang lain pula)

Si D akan terdiam apabila nama si N disebut oleh aku. Adakah dia diam kerna suka ataupun marah akan perbuatan aku?? Yang itu aku tidak kisah, yang aku tahu, si D suka akan si N dan juga sebaliknya.

Nampaknya aku macam terlupa sesuatu... o0o0o ya... Baru aku teringat, cerita si D dan si N tidak ada kisahnya, terus-terus sahaja aku masuk ke arah perasaan masing-masing.

Apabila si D terasa jauh.......

Thursday, November 19, 2009

konkurensi (siri 1)

Dunia yang luas ini kadang-kadang berlaku perebutan yang berlaku secara langsung ataupun tidak. Daripada perkara yang melibatkan negara-negara besar sehinggalah kepada perkara yang remeh-temeh. Sehinggakan ada yang sanggup bergadai nyawa dan pertumapahan darah berlaku.

Dalam kehidupan seharian kita pun boleh berlaku begitu jika kita tidak mendekati perkara ini dengan langkah yang betul.

Hurm.. muqadimmah menunjukkan aku bagaikan hendak berbicara perkara yang bakal menggegarkan dunia ini saja, tetapi sebenarnya tidak, aku sahaja timbulkan persoalan dalam pemikiran pembaca untuk mereka cuba untuk mengkaitkan dengan realiti hidup mereka.

Untuk pengetahuan semua, cerita ini tidak berkaitan dengan karya "konfli-kasi" aku yang lepas ya.

Kisah ini bermula apabila aku masih di sem 1 di UiTM. Pada masa itu aku tidak lah begitu rapat dengan rakan sekelas aku. Aku boleh dikatakan sebagai seorang yang pendiam dan serius pada masa itu. Aku cuba untuk tidak bercampur dengan mereka kerana takut mereka akan menyebarkan pengaruh yang tidak baik. Maklumlah, kehidupan di U ni memang mencabar dan pelbagai halangan perlu ditempuhi.

....................................................................................................................

Semua itu hanya lah pemikiran aku pada awal-awal aku menjejakkan kaki ke UiTM. Baru aku tahu, rakan sekelas aku tidak lah seperti yang ku sangkakan. Mereka semua baik-baik belaka. Kemudian aku berkawan dengan seorang mamat ni yang aku sangkakan dia ni sukar untuk diajak berkawan. Lagi sekali anggapan aku meleset. Dia sungguh senang berkawan. Namanya Azwan a.k.a. Matnu.

Cukup sampai situ, kewujudan post ini bukanlah untuk memperkenalkan sahabatku itu. Setelah hampir 2 bulan aku menetap di UiTM, aku ada terdengar bisikan berita disampaikan dari mulut ke mulut. Hal ini adalah berkaitan dengan rakan sekelas aku jua.

Pada mulanya, aku tidak percaya bahawa benarkah apa yang aku dengar ini. Oleh itu, aku cuba untuk mendapatkan kepastian daripada tuan empunya diri."Wei si G, betulkah ko ad hati dengan budak tu?"

Persoalan aku tidak terjawab. Si G pergi membawa diri. Aku pada mulanya agak marah dan rasa ingin saja tampar muka dia. Tetapi aku bersabar, mungkin aku yang terlalu gopoh dalam mencari sebuah jawaban dari si G.

Keesokannya.........

Wednesday, November 18, 2009

Konfli-kasi(siri 6)



Masihkah wujud cinta antara si A dan si B?

Ataupun si C masih menagih kasih pada si A?

Aku pun kadang-kadang keliru dengan perltalian yang wujud di kalangan mereka.

Adakah patut cinta si B dan si C terbalas?

Mampukah si A membuat pilihan?

Jika si A pilih keduanya, mampukah dia memberi kasih seadil-adilnya??

Hehe.. dah macam lirik lagu pula, tapi kan, suasana yang dialami oleh mereka ini mengingatkan aku pada lagu dahulu tau. Tapi tajuk dia aku tak ingatlah.. maybe pembaca boleh memberi cadangan lagu khas untuk mereka.

Nampaknya kisah cinta mereka telah banyak aku singkap dan selidiki yang mana selama ini aku telah membuat rangka dia dalam pemikiran aku dan akhirnya terhasil lah cerekarama ini. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan plot yang aku timbulkan dalam cerita ini dan mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan mereka bertiga. Adakah kenalan rapat kita ataupun hanya secara kebetulan sahaja perilaku mereka?

Cerita ini tidak akan berakhir di sini kerana banyak lagi agenda yang masih tidak diungkap dan masih berselindung di sebalik bayangan yang tidak pasti. Bagi pembaca yang betul-betul mengikuti siri ini, jangan bersedih kerana aku akan berhenti seketika untuk cerita ini dan bersambung pada musim yang kedua.

WASALAM.

konfli-kasi(siri 5)

"Si A, baik ko cepat, kang melepas lak", pesan aku pada si A. Namun si A masih tidak endah dengan apa yang aku katakan. Dengan selambanya dia melakukan aktiviti hariannya. Bagaimana dia boleh tenang begitu, sedangkan aku yang menggelabah lebih ni?? Pelik kan. Sudah ku katakan bahawa si A ni tenang orangnya dan ceria selalu. Aku pun tidak boleh membuat apa-apa. Sebenarnya, kata-kata itu telah dipesan oleh miss M padaku. Perbualan berlaku:-

....Selepas keluar dari DSG(Dewan Sejuk Gila)....

Miss M: wei bobeq, sini sebentar, aku ada benda nak cakap ni.
Bobeq : apanya Miss M??
Miss M: wei.. bila lagi si A tu??
Bobeq : bila apanya??(sambil menahan kencing)
Miss M: ala, pasal si A dan si........

-------Bobeq memintas kata-kata Miss M dengan laju--------

Bobeq : sebentar ya, aku nak menunaikan hajat aku dahulu, sudah tidak tahan dah ni!!!

-------Setelah Bobeq selesai melepaskan hajat-------

Bobeq : haa.. Miss M, apa yang awak nak cakap tadi?
Miss M : Sebenarnya begini bobeq, si A tu lambat sangat la..
kang melepas dia kang..
Bobeq : hurm... aku pon tidak tahu, sudah puas aku nasihatkan dia,
dia tak nak juga dengar.
Miss M : beginilah, awak sampaikan pesanan aku kat dia,
"kalo dia lambat, melepas pula nanti".

Kemudian aku dan Miss M beransur pulang. Kami berdua menuju ke tempat masing-masing. Walaupun pada luaran aku kelihatan tenang dan bergaya, jiwa ragaku bercelaru memikirkan masalah yang menimpa sahabatku ini, si A. Setelah aku memberitahu apa yang dipesan oleh Miss M pada si A, dengan selamba dia membalas," Ahhhh!!!!! lantak la, siapa-siapa hendak dia, ambil laa... aku x kisah pon!!!"

Agak terkesima juga aku apabila si A berkata begitu, namun aku tidak membuat andaian melulu. Aku tahu, dari lubuk hatinya, masih ada perasaan cinta dan kasih pada si B.

AKU PERCAYA PADAMU SI A.........

Tuesday, November 17, 2009

Akhirnya...

Aku kini menghampiri detik-detik yang mana mungkin ada yang sanggup menghadapinya atau pun terus mengalah. Oleh itu, aku memilih untuk tidak mengalah. Aku akan meneruskan perjuangan penulisan post yang telah bersiri-siri ini. Memang ada yang mungkin terasa hati, oleh sebab itu, aku telah merahsiakan nama-nama individu yang terlibat.

Jangan risau, perkara ini mungkin hanya akan menjadi bualan orang buat seketika masa sahaja dan akhirnya akan ditelan masa dan persekitaran yang berlaku.

Oleh itu, bersama-sama kita renungkan dan selamat beramal!!(ikhlas dari Ustad Hot fm).

konfli-kasi(siri 4)

Kadang-kadang aku bingung, kenapa si A tak lafazkan sahaja, "I LOVE U" pada si B. Bukan kah lebih senang jika begitu? Hahahaha. Perkara ini mungkin hanya akan berlaku dalam mimpi aku sahaja. Setelah konflik berlaku antara mereka yang mana pada zahirnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh segelintir orang, tetapi mata dan telinga aku terutamanya, telah dapat menangkap baur-baur pergaduhan kecil dan dengki-mendengki antara mereka bertiga.

Sebelum ini mungkin aku asyik menyalahkan si Bob sahaja, tetapi aku sepatutnya berterima kasih padanya kerna perilakunya yang tidak matang itu telah membuatkan aku sedar bahawa si A ini rupa-rupanya ada hati dengan si B ni. Pada pandangan aku, si B ini tidak sanggup untuk menyambut cinta yang lahir dari luahan hati si A yang mana si B hanya buat-buat tidak dengar akan berita yang menyatakan bahawa si A suka akan si B.

Aku tahu, berdasarkan pemerhatian aku, si B takut, jika dia menjalinkan hubungan dengan si A, akan ada mata dengki yang memandang mereka berdua. Perkara ini lah yang menjadi batu penghalang dalam episod percintaan mereka. Disebabkan itu, si B hanya mampu menunggu dan terus menunggu si A untuk memulakan langkah agar si B tidak kelihatan keterlaluan dalam menjalinkan hubungan dengan si A.

Namun begitu, si A masih berdegil dengan keputusannya untuk tidak mengambil langkah yang drastik bagi menjalinkan hubungan. Pernah sekali si A berkata," aku tak nak la nanti bila kami bertiga bersua muka, masing-masing tidak dapat bertegur kerana konflikasi yang terjadi ini." Memang betul kenyataan itu, tapi... sampai bila keadaan ini akan terus berlaku??-Soalan ini aku tujukan khas untuk si A.-

Aku juga dapat menangkap satu perkara yang mana si A tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen. Sebab itu lah dia tidak mahu melafazkan kata azimat itu. Hal ini adalah kerana dia ingin hidup single dahulu kerana semua benda yang terjadi pada masa sekarang tidak mungkin akan dikecapi ketika dia berumur 50 tahun nanti.

bersambung......

Monday, November 16, 2009

Jangan Dok Tido je!!!!!

"ko ni.. asyik tdo je...!!!", kata bapak aku pada aku. Kata-kata itu hanya terngiang-ngiang di telinga aku pabila mata lagi lebih memberi penumpuan dalam menjalankan tugasnya untuk tertutup ketika badan ini masih tidak mahu berganjak dari katil yang empuk ini.


Mana tidaknya, selama ni, tak leh nak tdo dengan selesa sebab bangun je tido, dah kena fikir sal assignment la, apa la.... So kat rumah ni, tido la dengan sepuas-puasnya, kadang-kadang tu, mengalahkan beruang kutub utara tidornya..


Benda itu lumrah la kan, lagi-lagi remaja yang sedang menuntut di unversiti. Tetapi kini aku sudah berubah. Aku telah bangun awal untuk solat subuh(sudah semestinya) dan kemudian memikirkan masalah yang sedang melanda sekarang.


....................................................


Bangun awal....????
Jangan harap la... Back to sleep.. :)

Sunday, November 15, 2009

Baru je lepas....



Aku suka kelas ni.. sebab apa?? Sebab dia best!!!!( iklan PETRONAS). Pensyarah BEL 311 pon cakap dia suka kelas kami sebab kami ni macam terang hati......hehe...


Beberapa orang maybe akan sambung study ke peringkat Ijazah n ada yang akan tukar kelas... huhu. Agak sedey la.. Tapi yang penting, aku suka kelas ni even kadang-kadang ada masalah. Biasala kan, dah nama pun manusia, tak kan tidak ada masalah kot.....

konfli-kasi(siri 3)

.....Mungkin kerna pengalaman si A yang lepas dalam era percintaan menyebabkan dia hambar apabila perkataan cinta itu muncul di kepalanya. Ataupun, dia masih sayang pada kekasihnya yang dahulu... Itu yang kita tidak tahu. Baiklah, yang lepas, biarkan dia pergi, yang mendatang, jangan biarkan dia pergi.

Setelah isi hati si A diluahkan, perkara seterusnya telah dijangka akan berlaku, yang mana dua hati ini tidak dapat bergurau senda seperti mana mereka tidak lagi mengenali apa itu erti cinta. Isu tarik-menarik muka telah berlansung kerana si A tidak memilih dirinya. Si A telah lama berfikir akan impak ini yang bakal melanda dirinya, diri si B dan diri si C.

Semua ini mungkin tidak akan berlaku jika Bob tidak mendesak untuk mengetahui apa isi hati si A. Timbul kekecewaan dalam hati si A namun hari-harinya ditempuhi dengan tabah dan riang.

Keadaan reda seketika.......

Saturday, November 14, 2009

13/11/09 sehingga 28/11/09

ap aku nak wat ye???

kofli-kasi(siri 2)

.....mungkin kerna senyuman nya.. Dalam entry ku yang lepas, aku ada mengatakan yang si A memang disenangi hingga diminatai si B dan si C. Tapi, baru-baru ni.. ada angin belah barat telah membawa berita bahawa satu kelas perempuan CSD3C* telah suka pada dia kecuali yang sudah bepunya la.


Hurm...Betulkah?? Jika begitu, si A ini betul-betul mempunyai aura yang mampu membuatkan hati gadis-gadis ini cair dan tidak mampu bertahan dengan godaaan yang ditimbulkan si A. Ahhh.. nampaknya, perkara sebenar yang ingin dihebahkan telah dimanipulasi oleh keadaan sekitar. Jadi, kita teruskan dengan isu hangat ini. Sebelum bermula, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI PADA BUDAK UITM JONGKA.


Baiklah, aku akan bermula. Pada mulanya, mereka bertiga menyembunyikan perasaan masing-masing. Namun begitu, perkara ini tidak dapat disembunyikan lagi. Semuanya bermula apabila salah seorang rakan si A yang cuba untuk mendapatkan kepastian, telah menyuruh si A ni untuk memilih sama ada untuk bersama dengan si B atau si C. Untuk memudahkan lagi jalan cerita ini, rakan bagi si A tu, aku akan namakan dia Bob, bukan Bob Luqman ataupun Bob Ku2 ye..


Pada mulanya, si A tidak mahu menyatakan isi hatinya, namun desakan demi desakan, dia terpaksa akur dengan desakan yang diterimanya dan memberitahu Bob. Tetapi, si A hanya memberikan hint saja dan tidak mahu untuk menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Kenyataan ini telah memberikan cahaya harapan pada si B dan telah menyebabkan hati si C hancur luluh.... Semuanya tidak berakhir di situ.....