Ya.. sudah lama kita tidak bersua ya pembaca yang setia. Salam pembuka bicara bagi merahmati perbincangan kita kali ini walaupun ini bukan ruangan untuk berbincang. HAHA!! Aku tahu, ramai yang menantikan sambungan konfli-kasi musim 1 yang mana aku sering ditanya pabila aku bertemu pembaca.
Terima kasih sekali lagi kepada pembaca kerana tanpa anda cerita ini tidak akan dapat diteruskan. Saya tahu ada yang jelik dan menyampah membaca entri ini kerana mungkin mereka seperti terasa diri mereka yang berada dalam entri ini. Si A, si B dan si C pasti sudah dapat meneka siapa gerangan mereka. Watak tambahan dalam konfli-kasi iaitu Bob pasti sangat perasan kerana dia pasti akan tahu siapa dirinya.
Walaupun aku sekarang berada jauh dengan mereka, tapi aku tahu sedikit sebanyak tentang perkembangan hubungan mereka. Aku agak terkejut juga kerana pada jangkaan aku, hubungan mereka akan tergantung dan tidak akan mendapat keputusan yang positif. NAMUN begitu..... ada pertumbuhan yang positif seperti mentari yang muncul di kala pagi yang mana telah memberi harapan kepada si B. Aku sangkakan si A tidak akan 'reply' cinta yang dilontarkan oleh si B kerana si B tidak mahu memulakan dahulu kerana takut dia digelar perigi cari timba.
Mereka kini sudah agak akrab namun cuba untuk tidak mengaku perhubungan yang sedang terjalin. Aku tahu, mungkin mereka malu dan tidak sanggup untuk berhadapan dengan orang ramai. Tidak mengapa, saya selaku Dr. Cinta dalam entri ini menyatakan bahawa perkara itu biasa dan akan ditempuhi oleh setiap kapel yang masih baru.
HAHA..Jangan bimbang... konfli-kasi musim ke-2 akan menzahirkan isu-isu hangat yang mana korang tidak akan jemu untuk membaca dan mungkin cerita ini bakal dinovelkan.
No comments:
Post a Comment