Sunday, May 30, 2010

Tukar sudah...

Aku sangka kan yang si dia boleh la berkhidmat lama dengan aku, tapi tidak kesampaian kerana ajalnya sudah sampai. Aku bersedih pada awalnya, ye la... mana taknya, tanpa beliau, aku tak boleh nak buat apa-apa, dia sama camni la, bayangkan la yang korang ni orang tua, masa korang tengah bejalan-jalan, korunk nampak peha ayam yang mana sekali pandang je memang terus naik nafsu makan korunk. Tapi malangnya, gigi palsu korunk tertinggal dekat rumah la plak... HAHAHAHA



Ok... Habis sudah pembuka bicara.

************************************************************************************

Aku keluar bandar hari tu dengan niat hanya untuk mengambil angin dan membuang angin yang kotor. Aku jalan punya jalan, ada la satu kedai ni, agak tertarik la dia punya papan tanda, pandai dia buat orang macam aku ni tertarik sebab bukan senang aku nak tertarik dengan satu-satu benda ni.

Aku masuk dan aku tekad yang aku hanya datang untuk melihat-lihat saja sambil menutup rapat poket aku kerana takut duit aku akan terbang sekali lagi. Aku cuba untuk katakan TIDAK... namun semua itu mungkin hanya dalam khayalan sahaja kerana aku sudah terpikat dengan satu ni. Potongan badan dia simple je, tidaklah begitu mengiurkan tapi itu sudah memadai untuk aku. Aku tahu, ramai yang mungkin akan berkata belakang dengan apa yang aku telah lakukan tapi semua itu semua sudah berlalu.

Aku bagaikan terkaku, aku terpaksa kerana jika aku masih pada yang lama, mungkin aku tidak boleh nak melakukan rutin harian aku.

Aku mengambil keputusan yang drastik. Aku terpaksa bertukar pada yang baru.

Aku hanya mampu akur....... Aku keluarkan duit dari poket aku dan aku hulur pada nyonya itu. Dia tersenyum lebar, aku tidak tahu aku patut gembira ataupun tidak.

Mungkin entri kali ini agak pening kerana aku tidak dapat memberi penjelasan yang jelas kerana ini akan berkaitan dengan entri yang akan datang.

Entri strusnya akan menggambarkan apa yang telah berlaku baru-baru ini.